Apakah program affliate?

Program affiliate adalah cara untuk pemilik website dan blog untuk jana pendapatan melalui blog dengan percuma. dalam kata lain yang mudah ialah , menjual barang orang lain . Anda tidak mempunyai produk anda sendiri . Jadi dengan menyertai program affiliate , anda akan mempromosikan produk syarikat atau laman web yang anda sertai .

Jika ada jualan yang terhasil dari promosi anda, anda akan mendapat komisen bergantung pada syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat atau laman web tersebut . Dalam program ini , sebenarnya anda BUKAN menjual , anda hanyalah mempromosi link yang anda dapat kerana produk yang anda promosi bukan dibeli dari laman web anda. Apabila anda promosi melalui link , pengunjung akan dibawa ke laman web syarikat tersebut dan membeli barang di sana.

Keistimewaan untuk anda menyertai program ini adalah kerana setiap link yang anda sediakan terdapat nama akaun anda dan pihak syarikat akan mengetahui siapa yang mempromosi dan jumlah pengunjung yang membeli produk mereka melalui link anda dan syarikat akan memberi anda komisen berdasarkan pencapaian anda mempromosikan produk mereka. Dari kaedah ini anda akan mula menjana pendapatan sampingan anda dengan hanya promosi link yang anda dapat.

Lagi banyak anda promosi , lagi banyak komisen anda dapat ! Dapatkan strategi untuk menjana pendapatan lumayan melalui Affiliate di SINI.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More